maaf la ye lame xupdate...atok bzi ckit nga keje atok..ramai sangat masuk hantu pas tue mintak atok tolong bomohkan..macam2 la zaman skrg nie...
malam nie atok nak cerita pasal iPhone 5..
berdasarkan jampi-jampi atok,Apple berkemungkinan terpaksa menangguhkan pelancaran iPhone 5 disebabkan oleh masalah yang terdapat pada cip dual core yang terlalu panas...
adeh...tue la..canggih sangat sampai berasap!
atok rase masalah ini berpunca daripada reka bentuk kerangka yng nipis berbanding iPhone 4
Tambahan lgi..hasil ramalan atok dan bomoh yang dilakukan model terbaru ini akan mempunyai teras(core) tambahan...ini akan menghasilkan haba yang tinggi!
Apple skrg nie tengah berusaha mencari jalan penyelesaian...sabar ye wahai peminat apple...:)
Atok tengok semua macam nak buat ala-ala ipad gitu. Semua macam nak buat tablet touchscreen paling ringan, paling cool, paling mantap.
Nah ini Blackberry Playbook.
Apa beza Blackberry Playbook dengan ipad tu tok???
ok. Nah atok nak cerita ciri-ciri ataupun omputih panggil spec Blackberry Playbook ni
A) LED Notifikasi
Nyalaan lampu LED ni sebijik macam talipon blackberry yang lain. Kalau talipon blackberry dia keluar lampu merah hijau, Blackberry Playbook pun keluar merah hijau juga. Kenapa keluar lampu? Sebab cas, ada email, ada warning... Dah nama pun notifikasi kan? notification nama omputih dia. hoho...
B) Kamera Depan
3 Megapixel,
C) Touch-sensitive frame
apajadah ni? Oh, Playbook tak ada butang kawalan fizikal, jadi anak-anak boleh la kawal dengan letak jari dekat bingkai okeh.
D) Speaker Stereo
Kiri kanan ada speaker. Cool gila kan?
E) Touchscreen
7 inci skrin. 16:9 resolusi WSVGA atau 1024x600 pixel. Kalau dah pixel besar macam ni gerenti gambar pun lawo weh.
F) Kamera belakang
Ni kalau nak berlagak boleh la angkat tinggi tinggi lepas tu ambik gambo. Hahaaha. 5Megapixel kamera belakang blackberry playbook ni.
Spesifikasi
1. Blackberry Tablet OS + QNX, OS version 1.0.6.2390
2. CPU : TI OMAP 4430, 1GHz Dual Core
3. RAM : 1GB
4. Memori : 16GB/32GB/64GB, takdak slot memori
5. Saiz : 194x130x10mm
6. Berat : 425g
7. Bateri : Lithium Polymer
8. Kamera : belakang 5MP, depan 3MP. tiada auto fokus, tiada flash LED, zoom 4x, video chat.
Connection:
wifi 802.11 b/g/n
Bluetooth : 2.1 (EDR, A2DP)
microUSB, microHDMI
ada GPS
port audio : 3.5mm audio jack
Nah tengok Blackberry Playbook Demo. Serius cool atok rasa.