Thursday, 8 September 2011

Apa Blackberry Playbook Boleh Bikin

Atok tengok semua macam nak buat ala-ala ipad gitu. Semua macam nak buat tablet touchscreen paling ringan, paling cool, paling mantap.

Nah ini Blackberry Playbook. 


Apa beza Blackberry Playbook dengan ipad tu tok???

ok. Nah atok nak cerita ciri-ciri ataupun omputih panggil spec Blackberry Playbook ni

A) LED Notifikasi
Nyalaan lampu LED ni sebijik macam talipon blackberry yang lain. Kalau talipon blackberry dia keluar lampu merah hijau, Blackberry Playbook pun keluar merah hijau juga. Kenapa keluar lampu? Sebab cas, ada email, ada warning... Dah nama pun notifikasi kan? notification nama omputih dia. hoho...

B) Kamera Depan
3 Megapixel,

C) Touch-sensitive frame
apajadah ni? Oh, Playbook tak ada butang kawalan fizikal, jadi anak-anak boleh la kawal dengan letak jari dekat bingkai okeh.

D) Speaker Stereo
Kiri kanan ada speaker. Cool gila kan? 

E) Touchscreen 
7 inci skrin. 16:9 resolusi WSVGA atau 1024x600 pixel. Kalau dah pixel besar macam ni gerenti gambar pun lawo weh.



F) Kamera belakang
Ni kalau nak berlagak boleh la angkat tinggi tinggi lepas tu ambik gambo. Hahaaha. 5Megapixel kamera belakang blackberry playbook ni.


Spesifikasi

1. Blackberry Tablet OS + QNX, OS version 1.0.6.2390
2. CPU : TI OMAP 4430, 1GHz Dual Core
3. RAM : 1GB
4. Memori : 16GB/32GB/64GB, takdak slot memori

5. Saiz : 194x130x10mm
6. Berat : 425g
7. Bateri : Lithium Polymer 

8. Kamera : belakang 5MP, depan 3MP. tiada auto fokus, tiada flash LED, zoom 4x, video chat.

Connection:
wifi 802.11 b/g/n   
Bluetooth : 2.1 (EDR, A2DP)
microUSB, microHDMI
ada GPS
port audio : 3.5mm audio jack
    
Nah tengok Blackberry Playbook Demo. Serius cool atok rasa. 




1 comment:

udacun said...

huiiyoo atokk..

bile nak blanjee anak cucu sebijik nii